KELIM




KELIM               

macam macam kelim  pengertian kelim pada busana  lipatan tepi kain kelim  jenis  KELIM
 KELIM           
 apa itu kelim -kelim/ke·lim/ n lipatan jahitan di tepi kain (layar dan sebagainya); pelipit;
-- bulat lipatan jahitan yang bulat;
-- pipih lipatan jahitan yang pipih;
-- tindih kasih kelim yang dilipatkan dua kali;

berkelim/ber·ke·lim/ v berlipatan; ada kelimnya;

mengelim/me·nge·lim/ v menjahit kelim; melipit;

pengelim/pe·nge·lim/ n 1 alat untuk mengelim (pada mesin jahit); 2 orang yang mengelim



 Kelim adalah penyelesaian tiras agar tepi-tepi jahitan mempunyai bentuk yang rapih.Lebar kelim bermacam-macam tergantung dari penempatannya. Dalam pembuatan pakaian,kelim bawah dikerjakan paling akhir.Sebelum mengukur panjang rok,sebaiknya gaun atau rok digantung dulu paling sedikit 24 jam,terutama untuk bahan yang diperkirakan mulur dan rok lingkaran. Dengan menggantung itu,berat bahan pada bagian yang digunting serong akan meregang ke posisi normal dan mencegah tepi bawah rok bergelombang dan tidak sama panjang lagi setelah dipakai beberapa lama atau setelah dicuci.
Mengukur panjang rok dilakukan pada waktu mengepas,sebaiknya dikerjakan oleh orang lain.Menandai panjang rok tersebut dapat dikerjakan dengan bantuan jarum pentul,kapur jahit dan mistar yang diletakkan tegak lurus dengan lantai bawah kelim.Jalankan perlahan-lahan mistar tersebut mengelilingi rok sambil menyemat dengan jarak lebih kurang 7 cm. 
Pengenalan
Kelim-kelim yang dibuat pada pakaian bertujuan untuk mengukuhkan jahitan pakaian selain daripada digunakan sebagai perhiasan.  Terdapat pelbagai jenis kelim yang boleh dibuat pada pakaian bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang akan anda pelajari nanti.  Namun begitu, kesesuaian penggunaan kelim pada sesebuah pakaian amat bergantung kepada jenis-jenis kelim itu sendiri.
1.1       Definisi Kelim
Kelim adalah salah satu proses jahitan  yang digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik.
1.2       Jenis-jenis Kelim       
            Jenis-jenis kelim yang boleh digunakan pada pakaian adalah
a.         kelim belah kangkung (open seam / flat seam)
b.         kelim lipat tindih         (lapped seam)
c          kelim papan mesin       (machine fell seam)
d.        kelim betawi                (French seam)
http://pendidikan-kita-semua.blogspot.com/

a.        KELIM BELAH KANGKUNG

Langkah-langkah urutan membuat kelimKelim belah kangkung
 Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua jenis fabrik  yang sederhana tebal dan tebal.Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.  Kelim belah kangkung terdiri daripada satu barismata jahitan yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.
 Kelim Belah Kangkung digunakan pada

     Bahu
     Rusuk
    Lengan
    Sambungan jalur serong

Kebaikan Kelim Belah Kangkung

    Kelim ini rata
     Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar
    Ia tidak tebal
     Kelim boleh dibuka apabila badan bertambah besar

    Kelemahan Kelim Belah Kangkung
·         kedua bahagian  kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan
·          tidak sesuai untuk fabrik yang nipis
·          Ia kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan
 
 Ciri-ciri Kelim Belah Kangkung yang elok
·         Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm
·         Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka
·         Ia rata
·         Basi kelim dikemaskan dengan elok
·         Kelim belah kangkung yang melengkung hendaklah disnip supaya boleh ditekan rata.
b.        KELIM BETAWI
Kelim betawi sesuai dijahit pada fabrik nipis dan fabrik yang mudah berjerumbai.
2.    Ciri-ciri kelim betawi :
(a)  Kukuh dan tahan lasak.
(b)  Tepinya tidak perlu dikemas.
(c)  Lebar kelim antara 4mm hingga 6mm.
(d)  Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.
(e)  Dijahit dengan dua baris jahitan.

http://pendidikan-kita-semua.blogspot.com/
PROSES MENJAHIT KELIM BETAWI
Langkah 1:
          Temukan sebelah dalam fabrik, semat dengan peniti, jelujur atas garisan pemadan dan jahit mesin dengan jarak 6 mm dari garisan pemadan.
          Gunting basi kelim sehingga lebarnya tinggal 3mm.
Langkah 2:
          Buka dan ratakan kelim pada sebelah dalam supaya ia tidak beralur apabila diterbalikkan.
Langkah 3 :
         Terbalikkan kelim supaya sebelah luar fabrik bertemu, semat dngan peniti, jelujur dan jahit mesin di atas garisan pemadan.
Langkah 4 :
          Tanggalkan jahitan jelujur dan tekan kelim supaya menghala ke belakang artikel.

c.         KELIM LIPAT TINDIH
Kelim lipat tindih adalah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan pelbagai jenis pakaian luar. Kelim jenis ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar. Kelim tersebut adalah teguh kerana ia dijahit menggunakan tiga lapisan kain. Kelim ini tidak digunakan pada kain-kain tebal yang berkedut.

KEDUDUKAN KELIM LIPAT TINDIH
¡  garisan bahu mendatang
¡  garisan puteri
¡  garisan pinggang
¡  kelim lengan
¡  pesak skirt atau gaun dan baju melayu
¡  mengenakan ropol pada pakaian atau artikel
CARA-CARA MENGEMAS KELIM LIPAT TINDIH
¡  Dengan jahit insang pari
¡  Dengan cara balutan sendiri
¡  Dengan kun / pita jalur serong tepat
¡  Dengan mesin pengemas tepi
http://pendidikan-kita-semua.blogspot.com/
d.        KELIM PAPAN MESIN
Kelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. Oleh itu, kelim ini digunakan untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini kelim yang kukuh kerana ia dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan.  Ia boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian. Jika disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam.  Begitu juga sebaliknya jika disiapkan di sebelah dalam maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah luar.  Kelim ini juga boleh dijahit menggunakan benang yang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.

 1.3      Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim pada pakaianTerdapat beberapa  faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim pada pakaian seperti
a.    Jenis fabrik
ß  penggunaan fabrik yang digunakan untuk membuat kelim memainkanperanan yang penting bagi penghasilan kelim yang bermutu. Contohnya fabrik nipis dan mudah berjerumbai adalah sesuai menggunakan kelim betawi.  Manakala fabrik tebal pula lebih sesuai menggunakan kelim belah kangkung.  Kelim lipat tindih dan  kelim papan mesin pula adalah sesuai dijahit pada fabrik yang sederhana tebal.
b.          Jenis pakaian
ß  Sebelum kelim hendak dijahit pada pakaian, kita perlu pastikan kelim yang akan digunakan sesuai dengan jenis atau stail pakaian.  Sebagai contoh, seluar jeans yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak memerlukan kelim yang teguh.  Oleh itu, kelim yang sesuai dipilih ialah kelim papan mesin kerana ia mempunyai dua barisan jahitan.
c.          Kedudukan kelim pada pakaian
ß  Kedudukan kelim pada pakaian amat penting bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.  Misalnya kelim lipat tindih sesuai dijahit pada bahu mendatang dan skirt mendatang.
1.4       Ciri-ciri kelim yang elok
Terdapat beberapa ciri yang perlu diambilkira bagi menghasilkankelim  yang elok seperti
a.     Kelim mestilah kemas, kukuh dan rata pada kedua-dua belah pakaian.
b.     Lebar kelim hendaklah sama sekata pada keseluruhannya.
c.     Kelim mestilah ditekan dengan baik.
d.     Basi kelim yang berkelepet mesti dihala ke bahagian belakang pakaian.
e.     Ketegangan mata jahitan hendaklah sesuai dengan jenis fabrik.
f.     Basi kelim dikemaskan.
g.     Kelim hendaklah dijahit dengan tepat pada garisan pemadan.
h.     Kelim pada bahagian melengkung perlu disnip sebelum ditekan terbuka supaya  ia rata.
Setelah batas kelim selesai ditandai,pakaian dibuka hati-hati agar jarum pentul tidak lepas.Kemudian kelim dilipat ke dalam/ bagian buruk kain.Ikuti langkah kerja berikut ini:
Langkah kerja menjahit kelim rok dengan mesin
1)      Lipat dalam kelim,bahan dsemat jarum pentul tegak lurus dengan tepi lipatan,kemudian dijelujur.Kelonggaran pada lipatanatas kelim dibagi rata.Arah gelombang kelonggaran juga tegak lurus dengan tepi bawah r) Jarum pentul dilepas dan tepi lipatan dimampat.
2)      Diratakan dengan penggaris bentuk dengan lebar yang sama sekeliling rok.
3)       Kemudian batas lebar kampuh digunting.
4)      Kelim kemudian dimampat dengan setrika uap atau setrika biasa,tetapi kelim ditekan-tekan dulu dengan lap lembab agar kelonggaran kelim tidak bergelombang Waktu memampat kelim,jepitkan kerttas diantara lipatan kelim,agar tekanan setrika pada kelim tidak membekas ada rok.
5)      Kemudian kelim diselesaikan dengan penyelesaian:
a. Tusuk kelim/soom.           
b. Penyelesaian kelim dengan jahitan zig- zag/ stik mesin jahit lurus.
c. Penyelesaian kelim dengan rompok.           
d. Penyelesaian kelim dengan obras.
1.         Mengelim
Mengelim dipakai untuk bawah rok, blus, kebaya, ujunglengan dsb. Untuk mengelim bagian-bagian busana tesebut di atas,
lebar kelim berkisar antara 3 s.d 5 cm,caranya:
a)    Lipatkan pinggir rok sesuai lebar yang kita inginkan
b)   Tirasnya dilipatkan kedalam lebih kurang 1 cm dan dibantu dengan jelujuran
c)    Kemudian di sum dengan jarum, upayakan dalamlipatan betul-betul rata dan dijahit
dengan jarumtangan. Mengelim/menusukkan benang kebahanpada bagian bawah lebih kurang 3 helai benang,sehingga tidak kelihatan bekas tusukannya, cara inidilakukan terus-menerus sampai selesai. Supayahasilnya kuat dan hasil tusukan tidak gampang lepaslebih kurang setiap 6 langkah tusukan dimatikanagar tidak lepas.
penyelesaian kelim
Gambar 36. Mengelim



2.        Kelim sumsang
Teknik mengerjakan/caranya sama dengan mengelim,tapi beda kerjanya pada cara memasukkan jarumnya yaitudua kali dalam satu lubang sehingga benangnya mati dantidak mudah lepas. Jika ada yang putus kegunaan samadengan mengelim.
kelim-sungsang
Gambar 37. Kelim sungsang

3)  Kelim tusuk flannel
Kelim tusuk flanel yaitu kelim yang bahan pinggirnya di obras, tanpa melipatnya kedalam.
Terutama dipakai untukteknik pengerjaan yang kelimnya lebih rapi dan lebih berkualitas
dan juga untuk bahan yang tebal, untuk rok,blus, ujung lengan dan sebagainya. Caranya
a). Dilipitkan pinggir rok, selebar yang dinginkan dan dibantu dengan jelujur;
b). Dijahit dengan tusuk flanel yang satu diatas kelimantidak tembus sampai keluar dan
yang satunyadibawah kelim dekat pinggir lipatan dengan langkahmundur; 3). Hasil dari
bagian baik hanya tampak satu baris dengan jarak 0.5 CM
tusuk flanel
Gambar 38. Kelim tusuk flannel         

4)  Kelim yang dirompok
Kelim yang di rompok terutama untuk bahan yang tebal seperti jas, mantel, teknik
pengerjaannya sama dengan disum, cuma tiras pinggirnya tidak dilipatkan tapi dirompok
dengan bahan yang tipis agar tidak terlalu tebal, kemudian baru di sum.
kelim-yang-dirompok
Gambar 39. Kelim yang dirompok


5) Kelim palsu
Kelim palsu yaitu kelim untuk mengatasi masalah bila panjang kain tidak cukup untuk dibuat keliman, atau bahan yang terlalu tebal untuk dikelimkan, maka dibuat kelim palsu. Membuat kelim palsu yaitu dengan cara menyambungkan kain untuk kelim, kain yang digunakanbisa bahan yang sama atau bahan lain yang lebih tipis(jika bahan yang akan disambung terlalu tebal) tetapi warna kain penyambungnya sama dengan bahan pakaian. Cara penggabungannya adalah: Gunting kain sesuai dengan bentuk yang akan disambung, lalu disatukan dan dikelim dengan som. Lebar hasil setikan penyambungan tidak lebih dari 0.5 cm. Untuk kelim, kelim som, kelim sumsang, tusuk flanel dan kelim rompak di kerjakan dengan jarum tangan, tapi untuk merompok biasa dikerjakan dengan jahit mesin dan untuk mensom keduanya tetap dengan tangan.
kelim-palsu
Gambar 40. Kelim palsu
6)  Kelim tindas
Kelim tindas yaitu kelim yang dijahit dengan mesin. Cara mengerjakan kelim tindas adalah, kelim dilipitkan sesuai dengan keinginan dan dilipatkan kurang lebih 1 cm, kemudian ditindas dengan mesin, hasil tindasan hanya satu jahitan yaitu pada pinggir kelim. Ini biasanya dipakai untuk pinggiran kemeja, ujung kaki piyama, kaki celana, bawah
rok, blus, dsb.
7)  Kelim konveksi
Kelim konveksi yaitu kelim yang sering dipakai untuk menjahit pakaian konveksi, yaitu untuk keliman rok, blus, kemeja, ataupun kaki celanan. Caranya sama dengan kelim
tindas tapi perbedaannya terletak pada tusukannya. Tusukan kelim konveksi terdiri dari 2 baris yaitu di atas dan dibawah (double) dan lebarnya kurang lebih 1 cm.
8) Kelim rol.
Dapat dibuat dengan dua cara :
a) Kelim yang dibuat dengan mesin serbaguna dengan
memakai sepatu rol serta setikan zig-zag.
b) Kelim juga dapat dibuat dengan cara manual,
dengan memakai jarum tangan dengan cara
menggulung kecil tiras, kemudian dijahit dengan
tusuk balut. Kegunaan adalah kelim rol untuk
mengelim pinggiran kain yang tipis, pinggiran baju
kerut/rimpel, ujung lengan pof, dsb.
kelim-rol
Gambar 41. Kelim rol
9)  Kelim som mesin
Kelim som mesin ini adalah kelim yang bekasnya di
bagian baik seperti som tangan tetapi dengan
menggunakan mesin, caranya :
a) Pinggir kain dikelim dengan jelujur sesuai dengan
yang diinginkan
b) Kemudian kelim dilipatkan dengan bagian keliman
kebawah sebesar keliman yang disisakan biasanya 0.2 cm
c) Dijahit pada sisa keliman dengan cara sepatu mesin
sedikit di angkat
d) Kemudian turunkan sepatu mesin dan jahit terus
berulang-ulang sampai selesai
e) Kelim som dapat dijahit dengan memakai mesin
serbaguna
f) Kelim som dapat juga dibuat dengan memakai mesin
khusus untuk garmen .
g) Mensom bahan-bahan yang tebal dan untuk
konveksi (garmen) agar pekerjaan lebih efektif dan
efisien.
kelim-som-mesin


macam macam kelim

pengertian kelim pada busana

lipatan tepi kain kelim

jenis-jenis kelim

sinonim kelim

persamaan kata,kelim

kain tts 3 huruf

jahitan di tepi pakaian disebut


Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang  apa itu kelim

, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang Cara menjahit kerah kemeja yang benar dan rapi 

. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.

buka mesin jahit : http://pendidikan-kita-semua.blogspot.co.id/2021/12/menjahit-kelim.html
Lebih baru Lebih lama